Thursday, November 18, 2010

Kias Bahasa Angin


Mahu saja ku hirup indah pelangi.
Hingga sedalam rasa.
Lalu hembus laju ke dalam jiwa.
Sambil ligat bermain kata.

Usah peduli apa diputar.
Kita ini semua sama rata.
Biar bijak orang bermadah kata.
Seperti mereka itu dewa.
Dunia. Dunia.

Dusta suara tiada teruja.
Jika terus ke mata ia mati cara.
Bukan gaya mahu digaya.
Tapi bahasa mencermin jiwa.

Persis sinis watak dialur nadi.
Tanda tanya mainan hati tika sunyi.
Aku bangun & terus berlari.
Sambil dihembus kata hujan dirahmati.

Lesu mata hina terasa.
Indah sungguh ragam manusia.
Jangan terlalu mengharap senja.
Kelak ia akan surut jua.

Biar aku bertemankan bahasa angin.
Mengembara ke daerah sana.
5 abad sempurna.
Sedia panah. Susur tembus ke hati pujangga.
Tamat perang disana nanti. Aku datang lagi.

- NAZA MD NOOR -

3 comments:

  1. APA YG BOLEH AKU KATA DI SINI..??? TERBAIK SANGAT IA JUGA.. YG LAIN PUN IA JUA... SEMUA YG BAIK2, SMUA YG AKU PERLU KATA... PANJANG CERITANYA NNT... NICE JOB! NAZA.

    ReplyDelete