Wednesday, January 25, 2012

Lagenda Raden Imaginasi


Ku persembah indah bunga diksi.
Dari langit turun ke bumi.
Dan di bumi terpesona ke hati.
Makin mabuk dibuai misteri.

Ku litup ketat kotak ilusi.
Agar Imaginasi sentiasa terkunci.
Biar bebas berlegar hari.
Hingga turut si embun pagi.

Sungguh ia Lagenda buana.
Yang pertama menjerat mata.
Berdegup kencang mono rasa.
Ciptaan terindah sang pencipta.

Berkali ditepis. Berkali diusir.
Semakin hebat kias terukir.
Biar kan ia terus mengalir.
Dan mengalir.
Hingga jiwa bertemu rasa.
Dan rasa berbuah cinta.
Tuhan. Tolong tunjukkan Aku sesuatu yang indah.

-NAZA MD NOOR-

5 comments:

  1. kenapa indah sangat ni. haish. *cair kejap*

    :)

    ReplyDelete
  2. Cuba baca puisi ni sambil dengar lagu Hafiz - Untuk kamu. Selamat mencuba!

    ReplyDelete