Monday, February 20, 2012

Bintang Figura


Duhai. Bintang Figura Manusia.
Kemana lagi perlu aku pergi.
Dan kemana lagi perlu aku lari.
Jika disetiap sudut minda ini.
Kau hiasi dengan tawa bewarna warni.

Duhai. Bintang Figura Dunia.
Aku bukan lelaki simpati.
Yang menagih cinta tanpa mengenal erti.
Yang mengangkat martabat kau itu tinggi.
Dan aku pasti. Dunia kau dan aku jauh lagi.
Aku pengait cinta.
Dan kau penyembah harta.

Duhai. Bintang Figura Angkasa.
Biar lah aku sekadar pemerhati setia.
Yang mampu terhibur dengan senda.
Yang terjatuh & ditertawa.
Dan bakal mati tanpa suara.

Duhai. Bintang Figura Semesta.
Velvet cahaya di hujung angkasa.
Damai cara lambang berkata.
Mungkin takdir penentu segala.
Dan aku pasti. Kau bukan biduanita yang ku puja lagi.

-NAZA MD NOOR-

Wednesday, January 25, 2012

Lagenda Raden Imaginasi


Ku persembah indah bunga diksi.
Dari langit turun ke bumi.
Dan di bumi terpesona ke hati.
Makin mabuk dibuai misteri.

Ku litup ketat kotak ilusi.
Agar Imaginasi sentiasa terkunci.
Biar bebas berlegar hari.
Hingga turut si embun pagi.

Sungguh ia Lagenda buana.
Yang pertama menjerat mata.
Berdegup kencang mono rasa.
Ciptaan terindah sang pencipta.

Berkali ditepis. Berkali diusir.
Semakin hebat kias terukir.
Biar kan ia terus mengalir.
Dan mengalir.
Hingga jiwa bertemu rasa.
Dan rasa berbuah cinta.
Tuhan. Tolong tunjukkan Aku sesuatu yang indah.

-NAZA MD NOOR-

Sunday, January 22, 2012

Ribut & Taufan Selatan


Kepada Ribut aku berkelana.
Dari dentum & desir dusta.
Aku pasti ia rakus dan sungguh bewarna.
Aku layangkan seteguh cinta.
Semadikan utuh di rona rasa.
Mengikut rentak orang berbicara.
Lalu tumbang diantara syurga & neraka.

Kepada Taufan aku bercanda.
Dan dari nimbus & Orbit angkasa.
Aku percaya ia sketsa 2 benua.
Aku luhurkan mertabat manusia.
Meniti seperti tak punya apa.
Riang tawa disorok kosong di dada.
Hingga bersalaman erat dengan Ribut.
Dan berpelukkan utuh bersama Taufan.
Dan tepatri indah di bawah redup buruj Selatan.

-NAZA MD NOOR-

Thursday, December 1, 2011

Jeritan Jiwa


Setiap langakah aku mula kedepan.
Pelbagai rintangan mula berkawan.
Menikam hebat terus ke jiwa.
Parah dan dusta jika itu mainan.

Argh! Itu semua lenggokkan dugaan.
Yang datang hanya dengan tepukkan.
Diakhiri dengan ribuan sorakkan.
Bila mana bintang sudah bersinar ditangan.
Akan aku hembus bebas ke awan.

Mari ke mari si jiwa mati.
Sungguh dungu jika tak bangun terus lari.
Sulam kan kembali memori berahi.
Hidup kan semula semangat sakti.

Habibi ke seberang menuntut cinta.
Bersama ilmu secubit sesangkar.
Perjuangkan semula martabat keturunan & keluarga.
Harus kuat bergolak sama dunia.

-NAZA MD NOOR -

Saturday, November 26, 2011

Sejarah & Cinta


Selamatkan aku dari sejarah dulu.
Dan lontarkan jauh ke pelusuk sana.
Dendangkan semula nostalgia syurga.
Senandung indah kalam pencipta.

Ampunku renung ke langit Allah.
Disudut terpencil bumi Ilahi.
Dari denau turun ke rimba.
Terbit utuh kejora cahaya.

Ampunku sisip ke celah cinta.
Diantara tidur dan mula jaga.
Hingga bersinar dunia bertinta.
Fajar selisih mula gembira.

Bulan mulia ikrar dicipta.
Biar teguh hingga tak bernyawa.
Pimpin semula perjuang muda.
Martabat kita umat manusia.

Restui lah perjalanan di lembah ini.
Kiri kanan disindir maki.
Dari awal mengerti duniawi.
Sering terperosok dikaki sendiri.

Semangat kian sepi.
Halusinasi megah menguasai.
Sungguh kau maha mengerti.
Selamatkan aku dari sejarah dulu.

- NAZA MD NOOR -

Friday, June 24, 2011

Murka Melambai Pergi


Sepi menunggu sesuatu yang diimpi kemari.
Memang bodoh kalau tak bangun terus belari.
Terserkup mamai dalam tragedi yang dah lama mati.
Tujuh detik cukup untuk membunuh diri.

Selamat tinggal pemerhati setia.
Selamat jalan penindas saudara.
Dari sisi tepi aku perasan.
Dan dah lama dijangka ilusi itu basi.

Rogol jiwaku pergi.
Lempar ke gunung tertinggi.
Biar tak siapa yang peduli.
Mahupun menindas dari segi.
Ludah simpati.

8 musim berubah cahaya diangkasa.
Dari jingga hingga susut sinarnya.
Keriangan hari kini tak seindah lagi.
Bila ada yang menjerut urat duniawi.

Intonasi tika rela menjamah.
Umpama mentari itu salji.
Seolah janji itu pasti.
Sudah lah. Aku mahu pergi.
Jauh dari renungan simpati
Yang bila nanti mampu mematikan jiwa aku sendiri.
Selamat tinggal.

- NAZA MD NOOR -

Thursday, June 23, 2011

Keluhan Revolusi


Letih meneroka misteri realiti.
Terkapai lemas tanpa ada penyua simpati. 
Sesekali tumbang dalam revolusi.
Cukup celaka bila ada yang tertawa.
Kuat hingga tekeluar hina maki.
Pasak yang utuh dan lali dengan fitrah ilahi.
Tak pernah runsing dengan luah kata si bedebah semua.
Pergi mampus kamu semua.
Perjuanganku tak perlukan teman untuk bantuku ke atas kuda.
Kipaskan bila panas. Urutkan bila lenguh.
Asal ada cahaya disitu aku ada.
Mungkin pada permulaan hijrah.
Aku akur aku lemah. Aku xsehebat lelaki arab bila bersyahwat.
Yang rela mati dalam peperangan berkuda tanpa musuh.
Aku jalan perlahan-lahan menuju destinasi yang aku sendiri pun belum pasti.
Dan yang pasti aku berjalan bukan lah menaiki limo mahupun kenderaan kabur mata semata.
Lambat laun sampai jua. Dari cepat entah kemana.
Baik aku berjalan sambil baca peta.
Lebih faham dan fokus dengan arah yang dituju.
Jiwa aku belum mati cuma aku yang letakkan pil tidur dalam nya.
Dalam melacur seketika. Mencari ketenangan dan ideologi2 manusia pintar berkuasa.
Merobek habis kekayaan yang dikurnia untuk semua. Berfoya dengan peluh sebangsa.
Pemahaman semakin berkurang. Ramai pejuang muda rosak dicelah peha wanita.
Yang tinggal hanya sekerat dua. Mana mungkin menjadi tonggak nya.
Entah lah! Aku sendiri tak paham sama dunia.
Asalkan aku ada baju,seluar dan wang yang dinamakan ringgit malaya.
Cukop untuk aku tak pedulikan semua dan hanya fokuskan pada matlamat utama.
Semoga berjaya buatku dan bangsa seperjuanganku.

- NAZA MD NOOR -