Wednesday, November 24, 2010

Hembusan Seberang


Baran cara berkata.
Tak bermakna marah bermaharajalela.
Baik dihulur laju.
Padah dibalas sama jasa.

Apa ada aku insan biasa.
Sama berdayung menuju sana.
Jika angin hembus pesong kan angan.
Tidak juga sampai kesana.

Mahu saja aku terus terlolong.
Pekik biar bingit kota sana.
Apa naluri bertinta.
Mula sinar cahaya nyawa.

Bukan ego gaya jiwa.
Mungkin itu fitrah pandangan pertama.
Susur taufan aku rasa.
Jika benar itu sejujurnya.

Hembusan seberang melayang kemari.
Rasa satu nikamt si peri.
Aku punya rasa binasa.
Sama seperti semua manusia.

Senja berhelah pergi.
Bukan terus lindungan awan.
Sampaikan salamku terus ke jiwanya.
Hembusan seberang terakhir ku buatnya.

- NAZA MD NOOR -

2 comments:

  1. hembusan. tetap terus akan bergulir selagi gerigi masa belum dihenti Tuhan. indah puisi ni sedara!

    ReplyDelete