Monday, February 20, 2012

Bintang Figura


Duhai. Bintang Figura Manusia.
Kemana lagi perlu aku pergi.
Dan kemana lagi perlu aku lari.
Jika disetiap sudut minda ini.
Kau hiasi dengan tawa bewarna warni.

Duhai. Bintang Figura Dunia.
Aku bukan lelaki simpati.
Yang menagih cinta tanpa mengenal erti.
Yang mengangkat martabat kau itu tinggi.
Dan aku pasti. Dunia kau dan aku jauh lagi.
Aku pengait cinta.
Dan kau penyembah harta.

Duhai. Bintang Figura Angkasa.
Biar lah aku sekadar pemerhati setia.
Yang mampu terhibur dengan senda.
Yang terjatuh & ditertawa.
Dan bakal mati tanpa suara.

Duhai. Bintang Figura Semesta.
Velvet cahaya di hujung angkasa.
Damai cara lambang berkata.
Mungkin takdir penentu segala.
Dan aku pasti. Kau bukan biduanita yang ku puja lagi.

-NAZA MD NOOR-

Wednesday, January 25, 2012

Lagenda Raden Imaginasi


Ku persembah indah bunga diksi.
Dari langit turun ke bumi.
Dan di bumi terpesona ke hati.
Makin mabuk dibuai misteri.

Ku litup ketat kotak ilusi.
Agar Imaginasi sentiasa terkunci.
Biar bebas berlegar hari.
Hingga turut si embun pagi.

Sungguh ia Lagenda buana.
Yang pertama menjerat mata.
Berdegup kencang mono rasa.
Ciptaan terindah sang pencipta.

Berkali ditepis. Berkali diusir.
Semakin hebat kias terukir.
Biar kan ia terus mengalir.
Dan mengalir.
Hingga jiwa bertemu rasa.
Dan rasa berbuah cinta.
Tuhan. Tolong tunjukkan Aku sesuatu yang indah.

-NAZA MD NOOR-

Sunday, January 22, 2012

Ribut & Taufan Selatan


Kepada Ribut aku berkelana.
Dari dentum & desir dusta.
Aku pasti ia rakus dan sungguh bewarna.
Aku layangkan seteguh cinta.
Semadikan utuh di rona rasa.
Mengikut rentak orang berbicara.
Lalu tumbang diantara syurga & neraka.

Kepada Taufan aku bercanda.
Dan dari nimbus & Orbit angkasa.
Aku percaya ia sketsa 2 benua.
Aku luhurkan mertabat manusia.
Meniti seperti tak punya apa.
Riang tawa disorok kosong di dada.
Hingga bersalaman erat dengan Ribut.
Dan berpelukkan utuh bersama Taufan.
Dan tepatri indah di bawah redup buruj Selatan.

-NAZA MD NOOR-

Thursday, December 1, 2011

Jeritan Jiwa


Setiap langakah aku mula kedepan.
Pelbagai rintangan mula berkawan.
Menikam hebat terus ke jiwa.
Parah dan dusta jika itu mainan.

Argh! Itu semua lenggokkan dugaan.
Yang datang hanya dengan tepukkan.
Diakhiri dengan ribuan sorakkan.
Bila mana bintang sudah bersinar ditangan.
Akan aku hembus bebas ke awan.

Mari ke mari si jiwa mati.
Sungguh dungu jika tak bangun terus lari.
Sulam kan kembali memori berahi.
Hidup kan semula semangat sakti.

Habibi ke seberang menuntut cinta.
Bersama ilmu secubit sesangkar.
Perjuangkan semula martabat keturunan & keluarga.
Harus kuat bergolak sama dunia.

-NAZA MD NOOR -

Saturday, November 26, 2011

Sejarah & Cinta


Selamatkan aku dari sejarah dulu.
Dan lontarkan jauh ke pelusuk sana.
Dendangkan semula nostalgia syurga.
Senandung indah kalam pencipta.

Ampunku renung ke langit Allah.
Disudut terpencil bumi Ilahi.
Dari denau turun ke rimba.
Terbit utuh kejora cahaya.

Ampunku sisip ke celah cinta.
Diantara tidur dan mula jaga.
Hingga bersinar dunia bertinta.
Fajar selisih mula gembira.

Bulan mulia ikrar dicipta.
Biar teguh hingga tak bernyawa.
Pimpin semula perjuang muda.
Martabat kita umat manusia.

Restui lah perjalanan di lembah ini.
Kiri kanan disindir maki.
Dari awal mengerti duniawi.
Sering terperosok dikaki sendiri.

Semangat kian sepi.
Halusinasi megah menguasai.
Sungguh kau maha mengerti.
Selamatkan aku dari sejarah dulu.

- NAZA MD NOOR -

Friday, June 24, 2011

Murka Melambai Pergi


Sepi menunggu sesuatu yang diimpi kemari.
Memang bodoh kalau tak bangun terus belari.
Terserkup mamai dalam tragedi yang dah lama mati.
Tujuh detik cukup untuk membunuh diri.

Selamat tinggal pemerhati setia.
Selamat jalan penindas saudara.
Dari sisi tepi aku perasan.
Dan dah lama dijangka ilusi itu basi.

Rogol jiwaku pergi.
Lempar ke gunung tertinggi.
Biar tak siapa yang peduli.
Mahupun menindas dari segi.
Ludah simpati.

8 musim berubah cahaya diangkasa.
Dari jingga hingga susut sinarnya.
Keriangan hari kini tak seindah lagi.
Bila ada yang menjerut urat duniawi.

Intonasi tika rela menjamah.
Umpama mentari itu salji.
Seolah janji itu pasti.
Sudah lah. Aku mahu pergi.
Jauh dari renungan simpati
Yang bila nanti mampu mematikan jiwa aku sendiri.
Selamat tinggal.

- NAZA MD NOOR -

Thursday, June 23, 2011

Keluhan Revolusi


Letih meneroka misteri realiti.
Terkapai lemas tanpa ada penyua simpati. 
Sesekali tumbang dalam revolusi.
Cukup celaka bila ada yang tertawa.
Kuat hingga tekeluar hina maki.
Pasak yang utuh dan lali dengan fitrah ilahi.
Tak pernah runsing dengan luah kata si bedebah semua.
Pergi mampus kamu semua.
Perjuanganku tak perlukan teman untuk bantuku ke atas kuda.
Kipaskan bila panas. Urutkan bila lenguh.
Asal ada cahaya disitu aku ada.
Mungkin pada permulaan hijrah.
Aku akur aku lemah. Aku xsehebat lelaki arab bila bersyahwat.
Yang rela mati dalam peperangan berkuda tanpa musuh.
Aku jalan perlahan-lahan menuju destinasi yang aku sendiri pun belum pasti.
Dan yang pasti aku berjalan bukan lah menaiki limo mahupun kenderaan kabur mata semata.
Lambat laun sampai jua. Dari cepat entah kemana.
Baik aku berjalan sambil baca peta.
Lebih faham dan fokus dengan arah yang dituju.
Jiwa aku belum mati cuma aku yang letakkan pil tidur dalam nya.
Dalam melacur seketika. Mencari ketenangan dan ideologi2 manusia pintar berkuasa.
Merobek habis kekayaan yang dikurnia untuk semua. Berfoya dengan peluh sebangsa.
Pemahaman semakin berkurang. Ramai pejuang muda rosak dicelah peha wanita.
Yang tinggal hanya sekerat dua. Mana mungkin menjadi tonggak nya.
Entah lah! Aku sendiri tak paham sama dunia.
Asalkan aku ada baju,seluar dan wang yang dinamakan ringgit malaya.
Cukop untuk aku tak pedulikan semua dan hanya fokuskan pada matlamat utama.
Semoga berjaya buatku dan bangsa seperjuanganku.

- NAZA MD NOOR -

Saturday, January 29, 2011

Republik Kastria Cinta


Hadir nya.
Seru bertaut tanpa sangka.
Terus dilema tika kalut berkuasa.
Helai demi helaian silih meneroka.
Berbalas seloka maya penengahnya.
Manis suara ranap kan jiwa jantan muda.
Yang gagah terkehel lemah sipu nya.
Yang berkuasa mula merendah hina nya.
Runtun berlagu tika monosemi pertama di karang.
Terlakar indah di malam sentosa.
Meteor baran kaku tertawa.
Lorekan bintang senyap bersinar.
Hujan salju membeku di udara.
Bila dua pengembara bertemu haluan sama.
Dua pohon bersyair cinta.
Dua bayang serupa warna 
Dua muka menatap mata.
Putera adam menyapa cuma.
Puteri hawa santun bertahkta.
Kelana jasad & minda seluruh dunia.
Harungi udara darat mudah biasa.
Maha hebat cinta dariNya.

- NAZA MD NOOR -

Friday, January 28, 2011

Hikayat Aku,Bulan & Nimbus


Pasang surut rentetan jiwa.
Rungutan semelir tak putus bersuara.
Gurisan kelmarin rapi terukir.
Terobek bisu kata ilusi.

Berkibas lagi pasak tanpa henti.
Kuyup gembira renung mentari.
Senyum. Syukur.
Dikurnia panca perhati.
Syukur. Sujud.
Masa bernafas di beri.

Tiap kali aku toleh awan.
Tiap itu lah aku kagum.
Dan Sememangnya aku akan terus toleh awan.
Biar pun sesat sesaat dalam kagum.

Bila mana bulan rawan sendu.
Zahir tertera sekitar arakan nimbus.
Sepi. Sunyi.
Terpatri suasana mati.
Selubungi satria bernyawa dalam nurani.
Senyap. Sunyi.
Cubaan lali tanpa semua sedari.
Hayati inti dengan acuan sendiri.



- NAZA MD NOOR -

Wednesday, December 15, 2010

Manifesto Si Camar Pulang


Mendayu bekibar dibelai awan.
Jelajah berteman sudah keturunan.
Berpusar di teratak angkasa.
Mainan usia ditadah hayat.

Tidak sedikit pun khayal kuasa.
Apa diberi diterima jujurnya.
Tersusun sepi ke hujung dunia.
Persona jiwa seluruh benua.

Kota raya lebar senyum gembira.
Terlihat senda camar di ruang angkasa.
Sudah berabad mengembara.
Cukup purnama baru bersua.

Sketsa hidup tanpa nokhta ini.
Akan terus dialun hari.
Sayup dibuai sepi.
Nikmat indah dari hati.

- NAZA MD NOOR -

Friday, December 3, 2010

Gemersik Suara Si Peri


Rebah sepusara abstrak suci.
Dihunus kejam antologi seni.
Melankoliknya gema duniawi.
falsetto lama berdiri lagi.

Zahir anggun dipuja tinggi.
Kedip hati tak setanding diri.
Gentar diluah bait usang lama.
Gusar nanti berulang lagi.

Peri,
Dengarkan keluh rasa ini.
Kompilasi berita dari hati.
Bayangan dengan angan.
Bagi telegram penganti diri.

Bacol bukan kata dua.
Penakut bukan madah utama.
Biar rasa terus mati.
Berkubur di alam mimpi.

Keluh lagi nanti.
Pandai lah aku terapi.
Sulam sama dairi.
Hembus pada sanubari.

- NAZA MD NOOR -

Wednesday, November 24, 2010

Hembusan Seberang


Baran cara berkata.
Tak bermakna marah bermaharajalela.
Baik dihulur laju.
Padah dibalas sama jasa.

Apa ada aku insan biasa.
Sama berdayung menuju sana.
Jika angin hembus pesong kan angan.
Tidak juga sampai kesana.

Mahu saja aku terus terlolong.
Pekik biar bingit kota sana.
Apa naluri bertinta.
Mula sinar cahaya nyawa.

Bukan ego gaya jiwa.
Mungkin itu fitrah pandangan pertama.
Susur taufan aku rasa.
Jika benar itu sejujurnya.

Hembusan seberang melayang kemari.
Rasa satu nikamt si peri.
Aku punya rasa binasa.
Sama seperti semua manusia.

Senja berhelah pergi.
Bukan terus lindungan awan.
Sampaikan salamku terus ke jiwanya.
Hembusan seberang terakhir ku buatnya.

- NAZA MD NOOR -

Thursday, November 18, 2010

Kias Bahasa Angin


Mahu saja ku hirup indah pelangi.
Hingga sedalam rasa.
Lalu hembus laju ke dalam jiwa.
Sambil ligat bermain kata.

Usah peduli apa diputar.
Kita ini semua sama rata.
Biar bijak orang bermadah kata.
Seperti mereka itu dewa.
Dunia. Dunia.

Dusta suara tiada teruja.
Jika terus ke mata ia mati cara.
Bukan gaya mahu digaya.
Tapi bahasa mencermin jiwa.

Persis sinis watak dialur nadi.
Tanda tanya mainan hati tika sunyi.
Aku bangun & terus berlari.
Sambil dihembus kata hujan dirahmati.

Lesu mata hina terasa.
Indah sungguh ragam manusia.
Jangan terlalu mengharap senja.
Kelak ia akan surut jua.

Biar aku bertemankan bahasa angin.
Mengembara ke daerah sana.
5 abad sempurna.
Sedia panah. Susur tembus ke hati pujangga.
Tamat perang disana nanti. Aku datang lagi.

- NAZA MD NOOR -

Wednesday, November 3, 2010

Konfrantasi Ilusi & Sepi


Desiran pasir suci semalam.
Berdebat memuja badai lampau.
Bermuka sama arus angin.
Gemalai tertadah dicelah riba.

Rintipan kasih jauh ke angkasa.
Lebih tawa dari  nestapa.
Naif diri tanda bahagia.
Indah dunia pintar berjenaka.

Riak sesifat sehebat singa.
Hanyut layu dihembus panorama.
Sentap pergi mengiringi ilusi.
Mencari denau seni ilahi.

Politik hati gusar difahami.
Tersohor kata mengasyikkan jiwa.
Diam meratap merenung sengketa.
Terima saja jika itu takdirnya.

Angan riuh bintang pencipta.
Menerangi nyaman sepasang mata.
Orbit diri tiada meninggi.
Sekadar menumpang terang di hari.

Jalan sunyi terus kan berani.
Tinggalkan saja aku disini.
Lambaian bayang terus memberi.
Pengganti hormat rasa ini.


- NAZA MD NOOR -

Wednesday, October 20, 2010

Dairi Anak Jalanan


Sukar terhurai si sepi itu.
Dicelahan lorong gempita.
Tersorok sebujur tubuh dusta.
Berumahkan sisa sang manusia.

Celik mata ke peradaban dunia.
Sudah begini lumrahnya.
Ingin menyusur masa.
Kian jauh ditinggalkan usia.

Apa yang diraba & di depan mata.
Itu peragaannya pada dunia.
Bila ribuan mata kias memerhati.
Resah mula menyelubungi diri.

Bahasa & nista manusia.
Sudah serasi pada diri.
Dicemuh,dimaki,dikeji
Sedih menyahut pergi.

Tiada dipinta emas permata.
Memadai jujur kata hati.
Murni harga diri.
Peneman sepanjang hari.

Kemana berhijrah disitu menanti.
Menghulur kasih sang duniawi.
Sehina rasa bahasa biasa.
Tiada sedetik melenting hati.

Hari hari dilalui.
Utuh segenggam doa.
Terhadapnya yang mencipta.
Moga tertukar pengembaraannya.



- NAZA MD NOOR -

Thursday, October 14, 2010

Puisi Buat Bonda




Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.

Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.

Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.

Warna memori.
Adakala terluka dan terhiris.
Tiada ku kecil dan tiada ku besar.
Dan bila sang hitam menjelma.
Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.
Hingga terbawa di buai lena maya.

Bonda,
Katakan lah apa saja.
Lautan merah aku renangi.
Gunung tertinggi aku daki.
Si pelangi aku cari.
Setia ku tak kan pudar.
Walau datang ribut melanda.

Bonda,
Jika aku pergi dulu.
Jangan ditangisi semua itu.
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.
Akan ku kenang peristiwa semalam.
Mencintai mu adalah perkara teristimewa.
Buatku bonda.

- NAZA MD NOOR -

Wednesday, September 22, 2010

Warisan Dunia


Langit megah berdiri tanpa sakti.
Bagai syurga dia yang miliki.
Inikah sebenar rupanya penderhaka.
Yang dulu hebat bertinta

Singgah sepurnama di rumpun bangsa.
Melihat warna pelbagai cara.
Sungguh indah karyaNya.
Berbagai tona nurkilanNya.

Lilin dihembus selaju cahaya.
Gelap datang bersama derita.
Apa kan daya, itu mampunya.
Usah gentar wahai laksmana.

Enggang lalu ranting patah.
Manakan sama si pipit menari.
Adat melayu pantang kalah.
Kalau berani damping kemari.

Tidak lari gunung dikejar.
Tidak gempar bumi dijalar.
Sumpah kata itu azimat ku.
Hingga jasad dikandung tanah.

- NAZA MD NOOR -

Saturday, August 28, 2010

Nada


Masih kah ada nada.
Bersuara menyapa mereka.
Iris mampu melihat.
Tanpa menilai.

Dengar sebaik bahasa.
Ada yang terluka.
Buta. Jatuh. Tersungkur.
Itu lumrah dunia.

Gerek lama bukan tak berguna.
Muda mudi yang tak pandai menilainya.
Ribut taufan juga ditafsir berbohong.
Inikan si kerdil tanpa kuasa.

Bayangan semalam tak muncul lagi.
Mana hilang nya ia?
Duka & Lara hatinya.
Hanya diatas sana hebat mengerti.

Berlari mengelilingi dunia.
Ingin mencipta nama.
Merentas ribuan desa.
Tiada guna kalau dipejamkan mata.

Laluan masa depan.
Belum pasti boleh di adaptasi.
Sejuta jala dilempar.
Belum tentu duyung menyambar.

Bicara kan lah.
Karya bodoh sang manusia.
Lagit menangis memekik namaNYA.
Habis embun,Salju kan tiba.

Puisi yang tak sebarapa ini. Di tujukkan khas buat seorang pak cik yang aku sendiri tak tahu latar belakangnya. Dia sering kelihatan di Bandar Manjung hinggalah ke kampung2 dengan mengayuh basikal lamanya yang dihiasi penuh dengan Jalur gemilang untuk mencari buah fikiran & ilham utk disemadikan ke dalam puisi nya. - NAZA-

- NAZA MD NOOR -

Wednesday, August 25, 2010

Khayalan Masa


Berjuta benua. Seluas Angkasa.
Maya ku hilang sekelip mata.
Terciptanya pelangi hingga karamnya sang jingga.
Ilusi dalam fantasi.

Angin bawakan lah kabus mu.
Mari berdansa di atasnya.
Bawaku bersama melodimu.
Bercumbu di alam khayalan nya.

Kitaran roda berdusta.
Kau terbangkan wahai sang bunga.
Langit senja kusut pergi.
Raut senyum mu turut ekori.

Ku dah tiba.
hilangkan lah warna sengsara.
sampai bila mahu mewarna.
Jika tiada tona nya.

Irama itu berkata.
Jangan mudah dibawa sengketa.
Sepoinya bahasa dunia.
Ayuh dengarkan rintihnya.

Wajah kosong selamba.
Sinis kau tersenyum dibalik boneka.
Hujan turut tertawa.
Melihat kau berjenaka.

Khayalan muncul lagi.
Lantas aku bangun terus lari.
Jangan kau datang lagi.
Owh Khayalan dalam ilusi.

- NAZA MD NOOR -