Friday, December 3, 2010

Gemersik Suara Si Peri


Rebah sepusara abstrak suci.
Dihunus kejam antologi seni.
Melankoliknya gema duniawi.
falsetto lama berdiri lagi.

Zahir anggun dipuja tinggi.
Kedip hati tak setanding diri.
Gentar diluah bait usang lama.
Gusar nanti berulang lagi.

Peri,
Dengarkan keluh rasa ini.
Kompilasi berita dari hati.
Bayangan dengan angan.
Bagi telegram penganti diri.

Bacol bukan kata dua.
Penakut bukan madah utama.
Biar rasa terus mati.
Berkubur di alam mimpi.

Keluh lagi nanti.
Pandai lah aku terapi.
Sulam sama dairi.
Hembus pada sanubari.

- NAZA MD NOOR -

Wednesday, November 24, 2010

Hembusan Seberang


Baran cara berkata.
Tak bermakna marah bermaharajalela.
Baik dihulur laju.
Padah dibalas sama jasa.

Apa ada aku insan biasa.
Sama berdayung menuju sana.
Jika angin hembus pesong kan angan.
Tidak juga sampai kesana.

Mahu saja aku terus terlolong.
Pekik biar bingit kota sana.
Apa naluri bertinta.
Mula sinar cahaya nyawa.

Bukan ego gaya jiwa.
Mungkin itu fitrah pandangan pertama.
Susur taufan aku rasa.
Jika benar itu sejujurnya.

Hembusan seberang melayang kemari.
Rasa satu nikamt si peri.
Aku punya rasa binasa.
Sama seperti semua manusia.

Senja berhelah pergi.
Bukan terus lindungan awan.
Sampaikan salamku terus ke jiwanya.
Hembusan seberang terakhir ku buatnya.

- NAZA MD NOOR -

Thursday, November 18, 2010

Kias Bahasa Angin


Mahu saja ku hirup indah pelangi.
Hingga sedalam rasa.
Lalu hembus laju ke dalam jiwa.
Sambil ligat bermain kata.

Usah peduli apa diputar.
Kita ini semua sama rata.
Biar bijak orang bermadah kata.
Seperti mereka itu dewa.
Dunia. Dunia.

Dusta suara tiada teruja.
Jika terus ke mata ia mati cara.
Bukan gaya mahu digaya.
Tapi bahasa mencermin jiwa.

Persis sinis watak dialur nadi.
Tanda tanya mainan hati tika sunyi.
Aku bangun & terus berlari.
Sambil dihembus kata hujan dirahmati.

Lesu mata hina terasa.
Indah sungguh ragam manusia.
Jangan terlalu mengharap senja.
Kelak ia akan surut jua.

Biar aku bertemankan bahasa angin.
Mengembara ke daerah sana.
5 abad sempurna.
Sedia panah. Susur tembus ke hati pujangga.
Tamat perang disana nanti. Aku datang lagi.

- NAZA MD NOOR -

Wednesday, November 3, 2010

Konfrantasi Ilusi & Sepi


Desiran pasir suci semalam.
Berdebat memuja badai lampau.
Bermuka sama arus angin.
Gemalai tertadah dicelah riba.

Rintipan kasih jauh ke angkasa.
Lebih tawa dari  nestapa.
Naif diri tanda bahagia.
Indah dunia pintar berjenaka.

Riak sesifat sehebat singa.
Hanyut layu dihembus panorama.
Sentap pergi mengiringi ilusi.
Mencari denau seni ilahi.

Politik hati gusar difahami.
Tersohor kata mengasyikkan jiwa.
Diam meratap merenung sengketa.
Terima saja jika itu takdirnya.

Angan riuh bintang pencipta.
Menerangi nyaman sepasang mata.
Orbit diri tiada meninggi.
Sekadar menumpang terang di hari.

Jalan sunyi terus kan berani.
Tinggalkan saja aku disini.
Lambaian bayang terus memberi.
Pengganti hormat rasa ini.


- NAZA MD NOOR -

Wednesday, October 20, 2010

Dairi Anak Jalanan


Sukar terhurai si sepi itu.
Dicelahan lorong gempita.
Tersorok sebujur tubuh dusta.
Berumahkan sisa sang manusia.

Celik mata ke peradaban dunia.
Sudah begini lumrahnya.
Ingin menyusur masa.
Kian jauh ditinggalkan usia.

Apa yang diraba & di depan mata.
Itu peragaannya pada dunia.
Bila ribuan mata kias memerhati.
Resah mula menyelubungi diri.

Bahasa & nista manusia.
Sudah serasi pada diri.
Dicemuh,dimaki,dikeji
Sedih menyahut pergi.

Tiada dipinta emas permata.
Memadai jujur kata hati.
Murni harga diri.
Peneman sepanjang hari.

Kemana berhijrah disitu menanti.
Menghulur kasih sang duniawi.
Sehina rasa bahasa biasa.
Tiada sedetik melenting hati.

Hari hari dilalui.
Utuh segenggam doa.
Terhadapnya yang mencipta.
Moga tertukar pengembaraannya.



- NAZA MD NOOR -

Thursday, October 14, 2010

Puisi Buat Bonda




Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.

Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.

Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.

Warna memori.
Adakala terluka dan terhiris.
Tiada ku kecil dan tiada ku besar.
Dan bila sang hitam menjelma.
Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.
Hingga terbawa di buai lena maya.

Bonda,
Katakan lah apa saja.
Lautan merah aku renangi.
Gunung tertinggi aku daki.
Si pelangi aku cari.
Setia ku tak kan pudar.
Walau datang ribut melanda.

Bonda,
Jika aku pergi dulu.
Jangan ditangisi semua itu.
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.
Akan ku kenang peristiwa semalam.
Mencintai mu adalah perkara teristimewa.
Buatku bonda.

- NAZA MD NOOR -

Wednesday, September 22, 2010

Warisan Dunia


Langit megah berdiri tanpa sakti.
Bagai syurga dia yang miliki.
Inikah sebenar rupanya penderhaka.
Yang dulu hebat bertinta

Singgah sepurnama di rumpun bangsa.
Melihat warna pelbagai cara.
Sungguh indah karyaNya.
Berbagai tona nurkilanNya.

Lilin dihembus selaju cahaya.
Gelap datang bersama derita.
Apa kan daya, itu mampunya.
Usah gentar wahai laksmana.

Enggang lalu ranting patah.
Manakan sama si pipit menari.
Adat melayu pantang kalah.
Kalau berani damping kemari.

Tidak lari gunung dikejar.
Tidak gempar bumi dijalar.
Sumpah kata itu azimat ku.
Hingga jasad dikandung tanah.

- NAZA MD NOOR -